Pembiayaan semula pinjaman rumah juga dikenali sebagai Refinance adalah peminjaman rumah yang baru untuk ganti loan rumah sedia ada dengan terma yang baru. Secara asasnya ia bermaksud mendapatkan loan baru dari bank berlainan (atau bank yang sama) berdasarkan nilai rumah semasa dan melangsaikan hutang rumah yang lama. Perbezaan antara pinjaman rumah yang baru dengan hutang rumah semasa akan menjadi aliran wang tunai (cash-out) kepada peminjam.
Apa kebaikan pembiayaan semula pinjaman rumah/ Refinance Rumah?
- Untuk menikmati aliran wang tunai dan keuntungan yang seseorang dapat dari peningkatan harga rumah mereka. Contoh: pembelian rumah pada masa dahulu adalah RM200,000 dan nilai harta rumah sekarang telah meningkat ke RM500,000. Pemilik boleh menikmati keuntungan rumah tersebut tanpa menjual hartanah tersebut dengan menggunakan kaedah pembiayaan semula pinjaman rumah.
- Untuk mengurangkan kadar faedah yang dikenakan oleh bank terdahulu. Kebanyakkan peminjam yang buat loan sebelum tahun 2010 dikenakan kadar faedah yang tinggi. Pelanggan-pelangan kita dikenakan kadar faedah yang setinggi 9.65% setahun berbanding dengan tahun semasa 2020 ini kadar faedah yang ditawarkan serendah 3.30% sahaja. Perbezaan ansuran untuk kadar faedah 9.65% dengan 3.30% adalah sebanyak RM2,156.93 setiap bulan.
- Untuk tukar pelan pinjaman semasa mereka. Kebanyakkan pinjaman rumah sebelum ini adalah pinjaman konventional dan bukan pinjaman islamic (shariah compliance). Dengan lebih bank menawarkan Pakej Pinjaman Rumah Islamic sekarang, peminjam boleh tukar pelan semasa mereka daripada konventional kepada Pinjaman Rumah Islamic. Tambahan pula pakej baru seperti pinjaman Full Flexi, Semi- Flexi, Term Loan, Overdraft dan lain-lain. Peminjam harus dapatkan informasi untuk kesemua loan-loan yang sedia ada untuk penilaian mana pinjaman yang paling sesuai untuk mereka.
5 Cara Refinance Rumah untuk Mudahkan Proses Permohonan
Kebanyakan pemilik rumah memilih untuk lakukan refinance loan rumah kerana mahukan kadar faedah pembayaran alternatif yang lebih rendah. Jika anda sedang menghadapi masalah kewangan, refinance rumah merupakan salah satu cara yang boleh anda pertimbangkan. Berikut merupakan cara nak refinance rumah yang perlu diikuti untuk memudahkan proses refinancing loan rumah untuk panduan anda:
1. Sediakan Dokumen Diperlukan
Sediakan dokumen lengkap yang diperlukan oleh pihak bank seperti maklumat peribadi, perakuan pendapatan dan sebagainya untuk melancarkan proses permohonan anda.
Selain itu, bank juga memerlukan dokumen sokongan seperti Perjanjian Sewa Rumah (tenancy agreement), akaun simpanan, saham dan deposit tetap bergantung pada situasi.
2. Semak Skor Kredit
Lakukan pemeriksaan skor kredit sebelum melakukan permohonan pembiayaan semula – skor kredit yang baik boleh membantu anda mendapatkan kadar faedah terbaik dan memudahkan permohonan anda diluluskan. Pemeriksaan skor kredit boleh dilakukan secara percuma dengan merujuk Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau agensi-agensi kewangan lain yang berkaitan.
3. Ketahui Harga Pasaran Rumah
Anda juga disarankan untuk menganggarkan kedudukan semasa atau nilai pasaran wajar hartanah anda. Anda boleh melakukan tinjauan harga semasa melalui laman web yang menyediakan perkhidmatan berkaitan. Anda juga boleh menggunakan kalkulator refinance rumah yang tersedia secara online.
Secara asasnya, pembiayaan semula pinjaman perumahan adalah keputusan yang terbaik untuk anda jika nilai hartanah semasa lebih tinggi daripada baki hutang.
4. Ambil Maklum Kos Pembiayaan Semula yang Perlu Ditanggung
Proses refinancing tertakluk kepada kos-kos tertentu antaranya moving cost. Apa itu moving cost? Moving cost secara asasnya merujuk pada wang yang anda perlu belanjakan atau kos yang perlu ditanggung bagi mendapatkan pinjaman baharu. Kos-kos ini termasuklah duti setem, yuran penilaian, yuran guaman, disbursement dan sebagainya iaitu kira-kira dua hingga tiga peratus daripada keseluruhan pinjaman.
Sekiranya anda melakukan pembiayaan semula untuk menjimatkan kadar faedah, bandingkan kos sedia ada dengan penjimatan faedah yang bakal diperoleh melalui pembiayaan semula sebelum buat keputusan.
5. Hantar Permohonan
Sebelum menghantar permohonan pembiayaan semula pinjaman kepada pihak bank, teliti pakej dan skim refinancing yang ditawarkan. Buat perbandingan kadar faedah, bank terbaik untuk refinance rumah serta skim pinjaman terbaik dan berbaloi untuk anda. Sekiranya tidak pasti, minta nasihat daripada rakan atau bantuan daripada pegawai bank yang berpengalaman.
Tempoh Refinance Rumah
Berapa lama proses refinance rumah? Secara keseluruhan, proses refinance rumah boleh ambil masa sehingga beberapa bulan bergantung kepada situasi (antara dua hingga enam bulan bergantung pada kes). Ini kerana, ia melibatkan banyak proses antaranya mendapatkan kebenaran atau kelulusan daripada pihak berkuasa negeri bagi kes hartanah pegangan pajakan dengan hak milik strata atau individu.
Selain itu, pihak bank juga akan melantik penilai untuk memeriksa rumah anda setelah menerima permohonan anda. Penilai tersebut kemudian akan menyediakan laporan penilaian hartanah sebelum diserahkan kepada pihak bank untuk proses lanjut.
Contoh Pengiraan cash-out yang boleh diperolehi dari Pembiayaan pinjaman rumah semula/ Refinance Rumah :
Nilai Rumah Semasa | Nilai Rumah Semasa = RM 450,000 (Nilai rumah yang diberi oleh pihak perbankan) |
---|---|
Loan Margin Maksimum | Loan Margin Maksimum = 80% – 90% (Bergantung kepada polisi bank masing masing) |
Loan Amaun Baru | Loan Amaun Baru = RM 405,000 (90% X RM 450,000 Nilai rumah semasa) |
Hutang Rumah Semasa | Hutang Rumah Semasa = RM 210,000 |
Kos-Kos (Peguam & Juru Nilai) | Kos-Kos (Peguam & Juru Nilai) = RM 8,100 – RM 12,150 (2%-3% Berdasarkan amaun pinjaman RM405,000) |
Cash-Out Yang Diperolehi | Cash-Out Yang Diperolehi = RM 405,000 (Pinjaman Baru) – RM 210,000 (Hutang Rumah Semasa) – RM 12,150 (Kos Peguam & Juru Nilai)= RM 182,850 |
Sila hubungi saya untuk Refinance Rumah Anda:
- Nama: Mohamad Suhairi (REN 26837)
- CCI Property
- H/P: 010-3622016 (Call/Sms/Whatsapp)
- Email: suhairi.alias@gmail.com
- Perunding Hartanah Berdaftar/ Developer Team Marketing
- #JualRumah #BeliRumah #RumahMurah #AgentHartanah #Ejen #Hartanah